Share
Share
Share
 

Apa hak Hadi untuk kafirkan saya, soal Dr Mahathir

3816 Views
 
 

Added on Sep 2, 2017

Length: 00:58 | Comments: 0

Malam terasa dingin sekali; angin terdengar menjerit dan hujan sekejap-sekejap datang ke tepi pantai ini ketika perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dan Indonesia berlangsung. Tetapi dingin malam 23 darjah selsius atau perlawanan bola sepak itu sama sekali tidak menghalang kira-kira 500 hadirin yang tetap riuh tepuk soraknya mendengar ceramah Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Dalam ucapannya Dr Mahathir Mohamad menyalahkan peristiwa Memali ke atas presiden PAS Abdul Hadi Awang dan mempersoalkan apa hak beliau untuk menentukan siapa Islam dan siapa kafir. Peristiwa kepungan ke atas kumpulan pelampau agama di sebuah kampung di Baling, Kedah pada 1985 itu membunuh 18 orang, termasuk 4 anggota polis. Artikel berkenaan: http://bit.ly/2xngzfi Website: https://www.themalaysianinsight.com Facebook: https://www.facebook.com/themalaysianinsight Twitter: https://www.twitter.com/msianinsight/ Instagram: https://www.instagram.com/msianinsight/

Channels: Politics  

Tags:  

SHOW MORE

Comments: