Share
Share
Share
 

Irwan Serigar lapor SPRM dakwaan dana GST RM18 bilion hilang

1384 Views
 
 

Added on Aug 10, 2018

Length: 00:35 | Comments: 0

Bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kehilangan RM18 bilion dalam dana amanah pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST). Chevrolet hitam yang dipandu Irwan memasuki kawasan SPRM kira-kira 9.30 pagi tadi, sebelum keluar semula 2 jam kemudian. Ditanya wartawan mengenai laporan itu, Irwan berkata, ia bertujuan mendapatkan kebenaran kerana dakwaan kehilangan RM18 bilion itu tidak berasas. “Petang ni saya akan buat laporan polis. SPRM beri jaminan akan siasat. Benda (duit) itu tidak hilang tetapi masuk dalam consolidated fund,” katanya.

Channels: Politics  

Tags:  

SHOW MORE

Comments: