Share
Share
Share
 

SPRM: 15 fail dibuka, tapi Taib Mahmud tak didakwa kerana…

3419 Views
 
 

Added on Jul 3, 2018

Length: 01:50 | Comments: 0

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap Yang di-Pertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud walaupun 15 fail siasatan dibuka sejak 2015 atau 2016. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, Taib tidak mempengerusikan sebarang mesyuarat atau membuat keputusan terhadap projek tertentu. “Kita sudah buka 15 fail siasatan sejak 2015 atau 2016 lagi, siasatan itu memang sebahagiannya betul seperti apa yang ditohmah. Masalahnya, dia (Taib) tidak buat keputusan, dia tidak mempengerusikan mesyuarat. “Tidak ada satu kes yang mengaitkannya kerana orang lain yang buat keputusan. Kita dah serahkan kepada Jabatan Peguam Negara, tidak boleh kaitkan melainkan kita ada terima maklumat baru. “Dia tidak buat keputusan terhadap tanah atau projek-projek tertentu. Undang-undang tidak benarkan kita ambil tindakan terhadapnya,” katanya dalam sidang media di Gerak Budaya hari ini.

Channels: Politics  

Tags:  

SHOW MORE

Comments: