Share
Share
Share
 

Zeti tidak puas hati dakwaan Najib, kata Guan Eng

2799 Views
 
 

Added on Jul 3, 2018

Length: 03:40 | Comments: 0

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ada memberitahu berhubung dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu mengetahui dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas perdana menteri. Perkara tersebut diberitahu dalam satu pertemuan tertutup pada sambutan majlis Aidilfitri di kementeriannya di Putrajaya hari ini. Kata Lim, Zeti melahirkan rasa tidak puas hati dengan dakwaan Najib. Portal berita Malaysiakini melaporkan Najib mendakwa Zeti mengetahui dana dalam akaun banknya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), namun tidak mempersoalkannya. Najib berkata jika BNM ragu-ragu mengenai sumber dana berkenaan, beliau menjangkakan mereka akan memaklumkan kepadanya.

Channels: Politics  

Tags:  

SHOW MORE

Comments: