Share
Share
Share
 

'Bila cakap dengan Dr M, saya kena balik baca lebih banyak buku'

3533 Views
 
 

Added on Jun 18, 2018

Length: 00:26 | Comments: 0

Hartawan teknologi, Jack Ma mengakui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seorang legenda yang mempunyai kemahiran yang sangat hebat tentang teknologi. Jack Ma yang berucap ketika melancarkan pejabat Alibaba 1 di pejabat Asia Tenggara di Bangsar South, hari ini turut merasa rendah diri apabila bercakap dengan Mahathir dan akui harus membaca buku lebih banyak lagi. Jack Ma mengadakan pertemuan dengan Mahathir pagi tadi dan mengakui terkejut dengan pengetahuan Perdana Menteri tentang teknologi. “Saya terperanjat dengan pengetahuan beliau tentang teknologi,” kata Ma kepada Bernama selepas pertemuan itu yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Channels: Politics  

Tags:  

SHOW MORE

Comments: