Share
Share
Share
 

PM, jangan lepaskan Taib Mahmud - S'wak Report

404 Views
 
 

Added on May 21, 2018

Length: 03:11 | Comments: 0

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Sarawak Report amat sinonim dengan pendedahan berkaitan skandal 1MDB, yang menjadi kempen penting Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum lalu. Bagaimanapun, tidak ramai tahu bahawa laman pembocor maklumat itu bermula pada 2010 sebagai blog yang memfokuskan pada isu-isu politik, alam sekitar, isu orang asal dan kepentingan perniagaan ketua menteri ketika itu Tun Taib Mahmud. Pengarangnya Clare Rewcastle-Brown, yang lahir di Kuching pada tahun 1960 dan berpangkalan di London, sendiri menulis panjang berkaitan dakwaan kepentingan Taib dalam dan luar negara. Beliau mendakwa Taib, kini yang dipertua negeri, memperkayakan dirinya sendiri. Di balik banyak aduan, tiada tindakan terhadap Taib. Kini, setelah BN hilang Putrajaya, Rewcastle-Brown percaya masanya telah tiba untuk pihak berkuasa meneliti semula aduan lama dan membuka pintu untuk aduan baru. “Saya rasa sekarang ramai orang akan beratur (membuat aduan),” katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara pagi ini. Pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memulakan siasatan semula terhadap skandal 1MDB. Bagaimanapun, tiada janji sama dibuat terhadap Taib. Malaysiakini pada 11 Mei lalu mendedahkan Mahathir telah bertemu Taib di Kuala Lumpur tidak lama selepas pilihan raya umum 9 Mei.

Channels: Politics  

Tags:  

SHOW MORE

Comments: