Share
Share
Share
 

"Hutang 1MDB kena bayar, hutang Soros tak payah bayar," kata Shafie Apdal

1785 Views
 
 

Added on Aug 10, 2017

Length: 05:36 | Comments: 0

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal hari ini mempertahankan haknya sebagai anggota parlimen untuk membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat. Bercakap kepada media di luar Bukit Aman hari ini bekas naib presiden Umno itu berkata anggota parlimen tidak sepatutnya disoal berhubung apa yang mereka perkatakan di Dewan Rakyat. "Ia (Dewan Rakyat) adalah tempat bebas bercakap dan berdebat untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, apatah lagi jika isu yang diperkatakan itu boleh menjejaskan kehidupan rakyat," katanya. Shafie sebelum itu menghabiskan masa kira-kira sejam untuk memberi keterangan kepada polis berhubung ucapan ketika membahaskan belanjawan 2017 pada 25 Oktober lalu. Dalam ucapannya Shafie yang kini berada di blok pembangkang Dewan Rakyat menyentuh pelbagai isu dalam syarikat pelaburan milik negara, 1MDB. Ketika membangkitkan isu itu Shafie mempertikaikan pulangan yang diperolehi negara daripada pelaburan kerajaan ke atas firma berkenaan. Turut menyentuh isu 1MDB dalam ucapan masing-masing ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Channels: Politics  

Tags:  

SHOW MORE

Comments: