Share
Share
Share
 

Kemunculan Shafie di Parlimen selepas bebas dinanti-nanti

5836 Views
 
 

Added on Oct 31, 2017

Length: 01:14 | Comments: 0

Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini hadir di bangunan Parlimen selepas dibebaskan ekoran tahanan reman selama seminggu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bagaimanapun, Shafie enggan mengulas lebih lanjut mengenai siasatan tersebut kerana siasatan masih dijalankan dan mengambil masa yang agak panjang untuk disiasat oleh SPRM. Di tanya mengenai kesihatan, beliau berkata akan meneruskan sesi rawatan dengan terapi. Shafie di masukkan ke hospital beberapa minggu lalu ekoran tekanan darah tinggi selepas disoal siasat dan ditahan oleh SPRM. Terdahulu, SPRM juga menahan dua adik Shafie dan beberapa pemimpin WARISAN dalam siasatan ke atas dakwaan penyalahgunaan RM1.5 bilion dana pembangunan luar bandar yang diperuntukkan untuk negeri Sabah. Jumlah RM1.5 bilion itu didakwa merupakan sebahagian daripada RM7.5 bilion dana yang dilaporkan diperuntukkan untuk projek pembangunan kawasan pedalaman Sabah untuk tempoh enam tahun. SPRM menyiasat 60 syarikat yang diberikan projek untuk bekalan air, elektrik, dan jalan raya untuk membantu penduduk di pedalaman negeri itu. Shafie memegang portfolio kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah dari 2009 hingga 2015. Shafie menafikan penglibatannya dalam skandal itu.

Channels: Politics  

Tags:  

SHOW MORE

Comments: